klik sini !!!

Tuesday 9 August 2011

kisah benar seorang bekas penagih...

“Ibu, sampai bila ayah nak menagih? Kakak malu la sebab kawan-kawan kakak selalu ejek kakak,” bait-bait kata tersebut telah membuka hati seorang penagih tegar agar keluar dari putaran penagihan dadah. 

“Saya tergamam dan berfikir setelah mendengar kata-kata tersebut,” jelas Raja Azizan Suhaimi, Pengurus CCSC Chow Kit, mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Bertitik tolak dari peristiwa itu, beliau nekad ingin keluar dari penagihan dadah serta kembali menjadi manusia normal. 

Menurut Raja Azizan lagi, sejak dari kecil beliau adalah seorang anak yang degil serta suka mencuba benda yang baru dalam hidup. Bermula dari rokok, beliau mencuba heroin yang diperolehi daripada pemandu van yang membawanya ke sekolah setiap hari. Namun beliau bernasib baik kerana beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang diduduki walaupun terjerumus dalam kancah penagihan. Hasil keputusan yang cemerlang juga, beliau mendapat pekerjaan sebagai pendidik, namun tabiat penagihannya masih lagi tidak berubah. Beliau terus mengambil dadah serta terus hanyut dalam kancah penagihan sehingga berpuluh-puluh tahun. Namun,setelah tersentak dengan keluhan anaknya, Raja Azizan telah membuat keputusan untuk berubah. 

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya AADK kerana telah merubah diri saya kearah yang lebih positif. Selain itu, saya bersyukur kerana AADK turut memberi kepercayaan kepada saya untuk mengemudi CCSC Chow Kit ini,” ujar Raja Azizan.
 
Raja Azizan Suhaimi, Pengurus CCSC Chow Kit...
*
*
*
*
*
note : CCSC = Cure & Care Servis Centre

No comments:

Post a Comment