klik sini !!!

Tuesday 13 September 2011

ajar anak bercakap

salam...dh lama aku xda n3...aku banyak jg cite...tp mcm malas nak menggebang...cheewahh mcm la aku blogger tegar....hari ni aku nak share PETUA UNTUK ANAK CEPAT BERCAKAP...
 
1. Anda perlu sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.
2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi tindak balas.
3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.
5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.
7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.
*
*
*
*
*
note : ilham mmg sgt2 pandai bercakap, baru 2 tahun...sblm ni dia akan ikut apa org ckp tp minggu lepas tb2...
aku : ilham...tgk ikan tu mati...( tgh tgk cite iron chef )
ilham : ikan mati???sian ikan...
aku : speechless...( ilham dh pandai wt ayat sendri, mst bg tau my pacik ni )