klik sini !!!

Thursday 28 July 2011

MALAYSIA vs SINGAPURA

Gambar perlawanan Malaysia vs Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam td utk kelayakan Piala Dunia 2014 ( 1-1 )
 PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam td.

 Ketua pasukan dan penyerang negara, Mohd Safee Sali dikawal ketat pemain pertahanan Singapura, Mustafic Fahrudin dalam perlawanan pusingan dan peringkat kedua kelayakan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil

Para penyokong skuad Harimau Malaya menjulang spanduk tertera “3-0″ iaitu ramalan kemenangan pasukan negara menghadapi Singapura pada perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
pasukan Harimau Malaysia tewas dengan agregat 6-3...
*
*
*
*
*
proud to be Malaysian...

Thursday 21 July 2011

Bingkai iPhone Berbentuk Makanan

iPHONE dihiasi dengan bingkai telur dan daging.


TOKYO – Bingkai telefon iPhone kini berbentuk pelbagai jenis makanan seperti mi, telur, sushi dan coklat, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia kini menjadi kegilaan terbaharu di Jepun.
Namun, terdapat sedikit masalah pada bingkai tersebut kerana ia menghalang lubang kamera pada telefon bimbit itu. – Agensi
*
*
*
*
*

Thursday 7 July 2011

cakap-cakap ilham

budak umur 2 tahun bercakap....

Ilham  :  Mak...mak...umie...
Aku    :  Ye dik...
Ilham  :  Alis ( Alif, budak yang duduk skali ng dia umah pengasuh )
Aku    :  Nape ng Alif?
Ilham  :  Alis ( Alif ) ( sambil tunjuk keta bomba dia )
Aku    :  Alif ambik bomba Ilham ke?
Ilham  :  Angis ( Nangis )
Aku    :  Alif nangis ke? Sapa pukul dia?
Ilham  :  Mak...abang...
Aku    :  Kenapa dengan abang?
Ilham  :  Amek ( Ambik )
Aku    :  Yela, kenapa dengan abg? dia buat Alif ng Ilham ke?
Ilham  :  Haaa....tade ( xde ) ( tunjuk tangan dia kosong )
Aku    :  Hmmm...

p/s : ilham nak ckp tp dia x pandai lg nak buat ayat...so dia ckp apa yang dia tau je... =))
*
*
*
*
*


Tuesday 5 July 2011

Titah Khas Yang Di Pertuan Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Yang Di Pertuan Agong pun dah keluarkan titah khas untuk rakyat-rakyat jelata yang disayangi …

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara" – BERNAMA